Monday, August 3, 2009

Arak makin berleluasa di Langkawi.

Kerajaan PAS Kedah langsung tidak mempedulikan masalah sosial yang sedang giat berlaku di Langkawi. Bak kata orang Langkawi, "La ni apa yang tak dak di Langkawi?". Memang betul apa yang diperkatakan.



Masalah pelacuran oleh warga asing bukan lagi satu yang asing bagi penduduk Langkawi. Ramai yang sedia maklum di mana pusat pelacuran di Langkawi. Yang hebatnya pelacuran daripad kalangan warga asing ini dengan berani menunggu pelanggan di tepi-tepi jalan di kawasan tersebut. Di kawasan tersebut juga terdapat rumah urut yang juga juga tukang urutnya daripada kalangan warga asing.



Di satu kawasan yang lain ada pula pusat karaoke dan disko yang beroperasi sehingga lewat pagi. GRO dan pelayan-pelayan bagi pusat-pusat karaoke itu juga dari kalangan warga asing.



Di Pantai Chenang pula iklan-iklan arak boleh dilihat di merata tempat. Ianya seolah-olah tiada langsung kawalan daripada pihak berkuasa tempatan.



Apa nak jadi entah la dengan Kedah lani. Kalau kita dengar ceramah PAS semuanya berkobar-kobar untuk melaksanakan undang-undang Islam tapi mencegah kemungkaran di bumi Kedah pun masih belum mampu.

Jangan hanya cakap untuk berpolitik saja.

Thursday, July 2, 2009

Tahniah MB Kedah....

Tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Kedah kerana telah berjaya merobohkan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya Alor Setar. Sudah lama masalah rumah penyembelihan babi ini menjadi satu masalah kepada penduduk sekitar. Alhamdulillah semuanya sudah selesai walaupun terpaksa membayar dengan harga yang agak tinggi kerana kehilangan rakan dalam Pakatan Rakyat.

Seperkara lagi kita berharap MB Kedah tidak dengan sewenang-wenangnya memindahkan pusat penyembelihan babi ke kawasan berhampiran orang-orang melayu pulak. Nanti jadi 2x5, 5x2 ja. Cari la tempat yang jauh dari kawasan orang melayu. Kalau tak ternak babi di Kedah pun orang Cina Kedah tak mati.

Tahniah sekali lagi.

Monday, June 29, 2009

Flat Paya Nahu

Kerajaan Kedah Lanie memang langsung tak dak hati perut. Adaka pi potong letrik dengan ayaq kat flat tu. Dah semua tahu depa yang dok kat flat tu orang-orang susah belaka, takkan Kerajaan Negeri Kedah tak boleh bertimbang rasa kot. Kalau dengaq MB Kedah cakap bukan main lagi, nak bagi rakyat Kedah sejahtera la, yang penting rakyat selesa la, macam-macam lagi la cakap retorik politik dia tapi buat lagu lain.

Jangan la sampai menzalimi rakyat sampai lagu tu. Hampa dah dipilih oleh rakyat cari la jalan nak selesaikan masalah rakyat yang kurang berkemampuan. Adaka potong letrik dengan ayaq tu pilihan terakhir?. Bukan ka MB kata kalau tak boleh bagi duit, rakyat boleh bincang dengan kerajaan negeri?. LKa ni pasai apa kerajaan negeri tak pi bincang dulu dengan penduduk Flat Paya Nahu?. Cakap retorik ja. Bab bohong lagu ni hampa tak kira dosa pulak no.

Hampa pegang amanah Allah untuk mensejahterakan rakyat Kedah, itu hampa kena ingat. Janji kena tunai, jangan mai cakap saja.

Wednesday, June 17, 2009

PAS bertopengkan Islam untuk mendapat kuasa

PAS yang sentiasa bercakap bab agama di mulut tetapi di hati dan perbuatan tidak pula tergambar akan keislamannya. Macam-macam cara depa guna untuk mendapat kuasa memerintah dan apabila menang dan dapat memerintah feel dan tabiat mereka mula berubah...dah nampak the true colours orang putih kata.

Kalau dulu depa kata UMNO zalim maka kini orang UMNO boleh kata mereka (PAS) pulak zalim. Kini kakitangan kerajaan yang tidak menyokong PAS akan ditukar atau kalau kontrak akan dibuang kerja. Ish.ish.ish...awat la puak PAS ni buat gitu? Menganiaya orang namanya tu.